CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Senin, 15 November 2010

Air Mata Malam Pertama



Ana, ada hal penting yang ibu dan ayah ingin bicarakan dengan Ana.Ayah memulai pembicaraan dipetang itu. Ibu hanya diam memperhatikan aku, membiarkan ayah yang memulai bicaranya.


Ada apa ayah, bu?kayak ada yang penting aja ..
Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.
Apa!! kabar itu benar benar mengagetkanku. Aku masih belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mau mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak mau terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Kenapa ayah dan ibu gak bicara dulu sama Ana? jawabku agak kecewa dengan keputusan ibu dan ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berunding terlebih dulu sebelum membuat  keputusan yang akan membawa perginya masa depanku.

Kami tahu  jawapan apa yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan masalah ini dengan Ana. Pastinya Ana akan mengatakan bahwa Ana masih belum siap. Sampai kapankah Ana akan terusan seperti itu?Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang bisa melindungi dan membimbing Ana. Ujar ibu setelah sekian lama membisu.
Apakah Ana fikir ibu dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya terus terusan hidup sendirian tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukannya mau lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua, tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya. Terang ayah lagi.

Ana.. Seru ayah setelah dia melihat aku hanya diri, menahan rasa.
Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Anakarna kami sayang sama Ana.
Ini cincinnya, pakailah. Ibu meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur menjadi satu. Apa yang harus aku lakukan sekarang. Sekiranya aku menerima dan setuju dengan keputusan ibu dan ayah itu, berarti aku telah membiarkan cita-citaku semakin kabur dan berhenti di tengah jalan. Namun kiranya aku menolak, berarti aku telah melukai hati kedua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini.

Ahhhhgggg ... Keluhku sendirian. Aku dalam dilemma. Manakah yang harus aku utamakan? Perasaan sendiri atau perasaan dan harapan ibu dan ayah. Aku selalu lemah bila melibatkan perasaan ibu dan ayah. Aku terlalu takut untuk melukai hati mereka. Aku takut hidupku nanti tidak diridhoi oleh ALLOH.

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapakku serta penghulu.

Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali. Aku pasrah.
Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat ALLOH. Calon suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapakku, bakal bapak mertuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu.

Ana dah jadi isteri!  Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tak dapat dielakkan lagi  air mata gugur menetes deras keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku tatkala ijab kabul.


Ya ALLOH !!! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti. Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku sudh bergelar isteri. Sudah tentu banyak tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina nanti.

Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti.Tiba-tiba saja masalah itu berdetik di hati.
Kadang aku merasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang istri terhadap suami.

Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Seorang lelaki berdiri tepat di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku bertelekuk melihat kakinya.

Sayang..Serunya perlahan. Suaranya  seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia memegang tangan kiriku, lalu dipakaikan cincin emas bertatahkan permata dijari manisku.

Abang.. Seruku perlahan sambil menyalami dan mencium tangan lelaki yang telah sah menjadi suamiku.
Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima Ana seadanya ini seikhlas hati abang.Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan akan kita bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku.

Itulah pertama kali aku bertatap muka dengan suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain  selembar foto yang telah diberikan ibu kepadaku.

Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang gagah. Memakai baju pengantin putih serasi dengan yang aku pakai.

Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta maupun pangkat, cukuplah aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.

Nanti kita rapikan lagi selepas ni. Mari solat maghrib dulu. Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul. Solat berjemaah adalah satu agenda yang tidak bisa ditinggalkan.
Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhu . Aku cepat-cepat mengenakan mukena dan memasuki saf bersama ibu, kakak dan adik.

Selesai iqomah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam. Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu. Dia melihat ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu. Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.

Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu. Mungkin tepat pilihan ayah dan ibu buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau kira akan segala kesilapan dan dosa kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak berdaya kami memikulnya.
Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami dari isteri dan suami serta zuriat keturunan yang bisa menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin.

Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman. aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan.
Bang, maafkan Ana! Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya. Dia kemudian mengecup dahiku sebagai tanda kasih yang tulus.
Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

Abang nak kemana tu?tanyakuku.

Mau merapikan barang barang dibawah tadi. Masih kurang dikit. Jawabnya

Akupun menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku merapikan barang-barang di halaman rumah. Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dirapikannya. Aku mengambil kain lap dan mulai mengelap meja.

Kapan Ana turun? Tanyanya padaku yang baru menyadari kehadiranku.

Baru aja.Abang terlalu asyik sampai tak menyadari kehadiranku

Maafkan abang sayang. Dia menghampiriku.

Sayang tak marahkan? Tanyanya lagi sambil memeluk pinggangku erat.

Aku menatapnya, kemudian mengeleng sebagai tanda aku tak ambil hati tentang tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kan. Rungkutku tersipu-sipu. Malu jugakan kalau dilihat oleh keluarga yg lain.

Ngapain malu,
kan sayang ni isteri abang.Jawabnya tersenyum.

Tau la, tapi liat sikon juga donk. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana kasih.

Benar ni???Soal suamiku cepat-cepat.

Ish.. Abang genit.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasakan betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi. Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun diwaktu sekolah dulu. Dan sekarang ini, aku akan menikmatinya selepas pernikahan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.


Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami. Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari. Aku merasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di pinggir ranjang.

Masuklah, pintu gak dikunci. suaraku perlahan. Aku yakin, itu adalah suamiku.
Dia masuk, kemudian menutup pintu kamar kami perlahan. Kemudian dia menghampiri dan duduk di sisiku.

Kok melamun? Sayang tak gembirakah bersama abang? Aku tak menyangka pertanyaan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang  baik untukpertanyaannya.

Terus apa yang sayang lamunkan ?

Ana takut bang! Itulah jawapan yang tepat bagi menjawabpertanyaannya.

Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.

Apa yang ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan Bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita. Bujuk suamiku.

Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut..

Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak mengijinkan aku menghabiskan bicaraku.

 Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan akan hal itu. Ok sayang! Bisiknya.

Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku.

Sayang, abang mau mandi bentar. Gerah banget rasanyat.

Aku bangun membuka almari pakaian dan mengambil handuk. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke kamar mandi. Kemudian terdengar siraman air jatuh di lantai.

Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian tidur buat suamiku di atas kasur. Aku menunggunya keluar dari kamar mandi. Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Pintu kamar mandi terbuka. Dia keluar sambil tersenyum ke arahku.

Sayang, boleh gak ambilkan  segelas air. Abang haush. Pintanya sambil mengelap badannya dengan handuk di tangan.

 Baik bang. Bang, ni baju abang. Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah mendekati jam 1 pagi.
Pantas .. Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya kamar yang masih nyala.
Kuambil segelas air kemudian aku bawa menuju kamar.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi jangkrik ataupun lainnya. Cuma di luar
sana kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar. Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan.

Sewaktu aku melangkah masuk ke kamar, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa diatas sajadah. Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya.
Kuletakkan air diatas meja dan menanti suamiku selesai berdoa. Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.

Bang, Panggilku

Ada apa sayang? tanyanya.

Malam ni abang mau ... mau ... Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu. Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya. Mau apa sayang? Bertanya lagi sambil tersenyum.

Ah..abang ni, Aku malu ketika kulihat wajah suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

Ya, abang mau sayang layani abang malam ni. Boleh gak?  Bisiknya ketelingaku.

Aku hanya mampu mengangguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemauannya.

Aku coba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemauan suamiku itu.

Assalamualaikum, wahai pintu rahmat! Bisik suamiku.

Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia. Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya. Dia berhak semuanya atas diriku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bertentangan dengan ketetapan ALLOH dan Rasul.

Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah petani. Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya. Aku telah membaca beberapa buah buku tentang dunia  pernikahan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri. Aku
coba untuk memperaktikkannya selagi aku mampu untuk melakukannya. Aku ingin menjadi yang terbaik bagi suamiku dan membuatnya bahagia bersamaku. Menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Sesungguhnya  rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dibuat main main. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya. Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya. Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengarungi sebuah kehidupan yang penuh dengan cobaan ini bersama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang pernikahan dengan berbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.  Jangan kita berfikir tentang nafsu semata. Fikirkan juga tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan ditanyai tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia maaupun di hadapan Tuhan nanti. Karna tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang.

Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku terbangun dari tidur istimewaku malam ini. Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah. Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku lekas bangun, turun dari kasur dan menghampirinya.

 Abang gak apa-apa? Tanyaku khawatir dengan keadaannya.
Aku mulai khawatir kalau kalau suwamiku punya penyakit yang tidak aku ketahui.

Abang ok ja. Mungkin sedikit dingin,Jelasnya.

Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu. Kata suamiku sambil tersenyum menatapku dengan piyama yang aku pakai. Aku malu menatap mata suamiku menyorot memerhatikan seluruh tubuhku .

Abang nakal aaah ... Aku bangun mengambil handuk terus ke kamar mandi. masih terdengar lagi  batuk-batuk dari luar.

Ayah mau suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sehat. Namun ayah masih bersikeras, maka terpaksalah dia menjadi imam.
Kasian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk. Aku mula risau lagi dengan keadaannya.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih bisa didengari oleh semua ahli keluargaku. Aku lihat muka suamiku agak pucat.

Kenapa ni bang? tanyaku sewaktu bersalaman dengannya.

 Entahlah, abang rasa kurang sehat sikit pagi ni.

Zul saki?Tanya ayah.

gaklah, cuma kurang sehatt. Mungkin karna cuaca. Jawabnya.

Nanti Ana ambilkan obat.Aku bangun ke dapur untuk mengambil obat dalam rak obat. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke kamar. Batuknya agak berkurang sediki. Dia menghirup sirup batuk yang kusuapkan.

Terima kasih. Ucapnya perlahan. Aku angguk.

Abang berehatlah. Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas bantal.

Abang minta maaf karna menyusahkan sayang.

 Kenapa abang ngomong gitu, sedikitpun Ana gak merasa susah.


Abang tau sayang susah hati liat abang begini. Sepatutnya hari pertama, abang membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan.

Entah kenapa tiba-tiba saja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana dia datang.

Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang ya

Abang mau tidur dulu. ngantuk rasanya. Ujarnya perlahan.

Abang tidurlah. Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya. Sekejap saja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Aku memperhatikan suamiku tuk seketika. Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku. Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga. Aku berdoa dan berharap agar ALLOH mengijinkan aku bersamanya hingga ke akhir hayat.

Namun segala telah ditentukan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya . Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang. Siapa tau, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhirku bersama suamiku yang baru aku kenali.

Aku hanya mengenalinya seketika saja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya. Aku belum sempat menjalankan tugas sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan.  Wajar aja dia memohon maaf dariku.

Ketika aku ingin membangunkannya untuk sarapan, berkali-kali aku coba memanggil namanya. Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya,dingin. Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Sepi! Air mataku terus ja mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kekamar untuk melihat apa yang terjadi setelah terlalu lama aku cuba membangunkan suamiku. Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.


9 Bulan kemudian ...

Sudahlah Ana, bersyukurlah karana masih ada wasiat darinya. kata ibu mengakhiri lamunanku.

Aku hanya mampu tersenyum sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir ALLOH , malam pertama yang telah membuahkan hasil. Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan tuk menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku tuk pertama kalinya tuk melihat dunia ini. Satu-satunya harta yang tiada  nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

YA ALLOH, tempatkanlah dia bersama golongan yang soleh.
 YA ALLOH, rahmatilah anakku ini.
Jadikanlah dia umpama bapaKnya yang sentiasa taat kepadaMu.
Jadikanlah ia pejuang tuk menegakkan agamaMu.
Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku.

aamiin .... 

0 komentar:

Posting Komentar