CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Senin, 06 Desember 2010

Daunku Tlah Gugur Disambut IzrOil ... Kuning Dan Kering ...

Tarikan nafas saya terasa amat payah, bagaikan ada sesuatu yang tersekat di kerongkong. Dada saya berombak. Saya gagahkan jasad ini bersandar ke dinding. Tangan kanan saya letakkan di dada. Sesekali saya batuk. Harga tarikan nafas terasa amat mahal. Kematian seolah-olah tebayang di depan mata. Rasa insaf berbaur keazaman untuk bertaubat. Teringat kembali dosa yang telah dibuat. Dosa tangan, dosa mata, dosa hati dan dosa seluruh anggota badan. Terbayang wajah si polan dan si anu yang pernah dikhianati dan disakiti. Satu demi satu terbayang wajah keluarga dan sahabat-sahabat. Tetapi di manakah mereka waktu ini?.

Apakah selepas ini Malaikat Maut akan berkunjung?. Saya mula takut. Apa bekal yang telah saya sediakan untuk dibawa dalam perjalanan nanti? Tiba-tiba saya rasakan tarikan nafas semakin payah. Dada saya pula semakin sakit, kepala saya mula pusing. Ya Allah!, saya dengar suara memberi salam. Malaikat mautkah?.

Itu mereka telah datang, mengelilingi jasad saya yang terbujur kaku. Pak Imam, Mak Aji, Ustazah Salmah, Mak Su dan beberapa orang lain yang tidak saya kenali. Apa yang mahu mereka lakukan?. Kini saya bagai anak kecil, menyerah untuk diperlakukan apa sahaja oleh mereka.

Yaasin…. Bergema memenuhi ruang. Orang yang datang silih berganti. Yang jauh, yang dekat, orang hitam, orang putih, bertali arus.

Aduhhhhhhh…!!! Bisanya dagingku, cengkamannya amat perit!
“Angkat perlahan-lahan, mayat ini sakit,” saya dengar suara Ustazah Salmah. Orang yang tidak saya kenali tadi melonggarkan pegangannya. Ah…Ha…begitulah. Eh, mahu dibawa ke mana, jasad saya ini?.
“Kita mandikan kat pelantar tu.”
Angkat berhati-hati. Jaga aurat saya jangan sampai dilihat orang.
Huuhhhhhh… kenapa airnya panas sangat?. Tubuh saya terbakar bila roh berpisah dari badan. Mak Su, gosoklah perlahan-lahan. Tubuh saya luka dengan keluarnya roh. Daging tubuh saya jangan ditekan terlalu kuat, sakiitttt!

Mak Su mengambil air mutlak lalu menyiram ke tubuh saya perlahan-lahan. Kekotoran zahir telah tiada lagi pada jasad saya. Namun kekotoran hati saya yang tersirat tak siapa dapat membersihkannya. Oh Tuhan…saya takut, takut untuk bertemu dengan-Mu. Mengenangkan dosa-dosa saya…Aduhai, di neraka manakah agaknya tempat saya nanti? Tuhan….saya mengharapkan rahmat-Mu.

Terasa ada sesuatu memegang bahu saya. Malaikat mautkah?. Pipi saya terasa basah.
Perlahan-lahan saya celikkan mata. Kawan saya tersengih. “Hai teruknya mengigau,” sindirnya. Saya mengucap beberapa kali. Alhamdulillah, Tuhan belum menyuruh Malaikat Maut mengambil nyawa saya tadi. Rupanya Tuhan mahu mengingatkan saya yang sering terlalai akhir-akhir ini.

Saya teringat semua dosa yang saya lakukan. Terbayang wajah-wajah mereka yang padanya pernah saya lakukan kesalahan. Saban hari mata saya melihat itu dan ini, mulut pula sering mengucapkan perkara yang tidak sepatutnya, tak terbilang lagi dosanya. Betapa banyak dosa yang saya himpun setiap hari. Nafas saya mula sesak, dada saya berombak. Saya teringat mimpi saya tadi. Saya jadi bertambah insaf. Moga Allah panjangkan sedikit lagi umur saya. Saya mahu bertaubat bersungguh-sungguh. Berazam untuk menjauhi pekara maksiat. Saya mahu belajar lagi. Belajar ilmu yang dapat menyelamatkan saya di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Saya mahu perbaiki peribadi saya, akhlak dan amalan saya. Saya mahu jadi anak yang solehah, hamba yang bertaqwa dan pelajar yang cemerlang..


“Bahawasanya Allah Taala menjadikan pohon di bawah arasy. Pohon-pohon itu mempunyai daun sejumlah bilangan seluruh makhluk. Jika ajal seorang hamba telah diputuskan, akan tetapi umurnya, masih ada 40 hari, maka gugurlah daunnya pada tempat Izrail. Maka dengan hal itu Izrail tahu bahwasanya ia diperintahkan mencabut nyawa orang yang mempunyai daun. Dan setelah itu mereka menyebutnya mayat di langit padahal ia masih hidup di muka bumi selama 40 hari.”

- Kita sering sibuk merancang kehidupan kita di dunia yang sementara, namun apakah perancangan kita utk akhirat yg kekal abadi?

oleh 'NuR MuTiArA'

0 komentar:

Posting Komentar