semua sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Al-Khaliq,
dipermudahkan di dalam segala urusan dan dijauhkan daripada azab api
neraka ... aamiin ...
andai kau bersedih kerana dosa-dosamu, ketahuilah bahwa Allah akan
mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta
dan menerima yang bertaubat.
menjadi lebih baik dari sebelumnya bukan semakin lemah!.
tak mau kamu sendirian menyesali dosa-dosamu dan mencari jln menuju
cahaya sendirian seperti aku dahulu yang pernah ditinggalkan .. terkapai2 mengutip sisa semangat yg hilang. Krna aku bimbang,kamu tak kuat..krn perubahan itu membutuhkan bimbingan dan dorongan.
bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, kamu akan disembuhkan. Jangan
bawa kebencian, kamu akan dihargai. Sesungguhnya Allah bersamamu, para
malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menantimu.
Bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah.
Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah
dikuniakan kepada kamu. Ingatlah bahwa di dunia ini tiada kebahagiaan
yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia bisa mendapat segala
keinginannya. Ingat saudariku..jgn letakkan dunia di hatimu tetapi
letakkanlah ia ditanganmu spy mudah kau mengawalnya.
Renungkanlah..
Renungkan
wahai saudariku, adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah
luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya kamu
bersedih?. Berdoalah supaya memperoleh ketenangan dan pemeliharaan.
Yakinlah..kamu sebenarnya cukup hebat..hebat jika meninggalkan
kesedihan itu dan menggantikannya dgn semangat tuk merubah diri yg jitu
dan mantap. Jika dulu dizalimi.. siramilah api kebencian kamu
dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepadamu. Ketahuilah, setiap perbuatan akan ada balasannya dari RabbMu,trus mengapa kita yg ingin menghukum?..serahkan semuanya kepada Dia
untuk membalasnya. Serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya,
jangan peduli setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh.
Untuk akhirnya, ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersamamu, jadi
tidak ada alasan untukmu merasa takut. Tetapi jika kamu memusuhi
Allah maka tidak ada lagi tempat bergantung harap. Jadikanlah
dirimu memakai akhlak mulia supaya kamu lebih indah dibanding
jambangan bunga.
-Ingatlah
bahwa mencari bahagia itu tidak ubah spt menanam bunga mawar. Sebaik
ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar lebih
dahulu ...
0 komentar:
Posting Komentar